saya disini

Wednesday, 31 July 2013

:: REZEKI RAMADHAN ::



Alhamdulillah, hari ni je macam-macam dapat, bonus, orang beli Shaklee, Herbalife, tapi paling best sekali, My Popia Nestum dah habis jual, seminggu dua ni, memang 'pulun' menggulung, menggunting, goreng, salut, bungkus, print price tag dan macam-macam benda buat, lepas kol 10 laju-laju buat, balik keje terus mula, buat sikit-sikit, mula-mula nak buat untuk yang dah  pre-order je, tapi dah ramai pula yang nak, kelmarin aku pusing satu Kuala Pilah nak beli kulit popia dan Nestum, tiba-tiba pulak habis, dari Pasaraya Aktif, aku pergi cari kat Econsave, tapi yang tinggal jenama Econsave (memang tak la) pastu pecut laju-laju (sebab nak berbuka dah, turn aku masak hari tu) pergi Giant, hampeh yo, tinggal 15 bungkus je, habis aku borong, Nestum pun sama, phewww..

Semalam, bertungkus lumus buat, kirim kat mak yang on the way lalu semua jenis Market tu tambah beberapa bungkus lagi. Aku mula buat lepas terawikh, ehemmm.. ada dalam 1- 2 minggu aku tak pergi terawikh kat masjid, aku buat kat rumah (sebab baby Raisah ada, hehehe) , tak ada orang jaga my lovely niece, kami satu family buat turn, sebab mak memang nak pergi terawikh, jadi akak dan adik aku la yang bawak mak, so, mak je la yang tak pernah tinggal terawikh setakat ni :)




Aku upload je pagi Isnin kat Facebook, ramai inbox nak, aku pun buat la, bak kata mak aku "satu rumah, satu produk" hik hik hik. (lepas ni nak cuba buat ayam golek untuk kenduri e.t.c)


Baki aku buat hujung miggu  aku dah jual kat orang yang datang rumah, semalam je aku mula buat baru sebab memang tak cukup, yang order , alhamdulillah siap semua 40 Kg dalam masa satu hari (siap upah adik dan kawan perempuan dia, offer tido rumah lagi) . Nak buat ni pun berebuat dapur dengan akak aku, dia sibuk buat Brownies dan Chocolate Cookies, pape pun thanks a lot kat adik, jadi runner dan pembantu untuk dua orang kakak dia.

Untuk yang order selepas raya tu, aku buat lepas balik kampung, sebab sekarang ada company kat Shah Alam order untuk gift, huhuhuhu..tak tido malam la aku , tapi rezeki jangan di tolak kennnnss..aku amik jugak, sebab kawan-kawan adik aku memang berminat nak cari duit lebih untuk raya, ehemm, alhamdulillah, raya tahun ni, boleh la bagi lebih kat semua orang (rezeki yang perlu dikongsi) aku siap-siap bagi duit raya kat mak, (bulan Ramadhan, elok bersedekah ) begitu juga dengan adik-beradik aku yang lain, mak raya sakan la tahun ni (semua hulur sebelum raya) kami nak jadikan tradisi bagi dalam bulan puasa, in sha ALLAH.

Siap semua, pastu boleh shopping kat Sogo ke, pergi Danau ke heeeeeeee TAK SABAR AKU , dah aku nak siapkan keje, hari ni half -day, hik hik hik





p/s : kepada yang wassap aku tak dapat, aku bukan hilang, tapi wassap aku crash lagi sekali dan aku tak renew internet, hik hik hik, pasni aku renew yeeeeeee...

*yang call pun tak dapat, handphone aku hilang, sob sob sob, aku beli nombor baru dengan handphone baru, aku bagi, sementara ni email jela :'(









No comments:

Post a Comment