saya disini

Thursday, 11 July 2013

:: AZAM MAK AKU, (AZAM TU BUKAN NAMA ORANG) ::


" Tahun ni, mak tak nak jahit baju, tak larat, korang semua dah kerja kan? boleh la beli baju siap, mak pun esok(raya) beli baju siap " (confident mode )

"Kau pun dah pandai jahit kan? " (mak senyum senget )

Dalam tahun ni, hampir setiap bulan mak bagitahu awal-awal dia tak nak jahit baju dah, bukan setiap bulan je, setiap kali lalu kedai jual baju kurung (lalu je la) pun mak sebut-sebut. Jadi dengan ini, sebulan dua sebelum puasa, aku dah haunting kain-kain ela untuk baju raya, aku beli la 2 pasang kain ela, sepasang aku hantar cina jahit (kebaya cina jahit kemas, cantik ),sepasang lagi aku jahit sendiri (ehem, baru tamat 3 bulan belajar jahit, hik hik hik ). Dua minggu lepas pergi Jalan TAR aku dah rembat sepasang Jubah moden dengan kurung peplum sepasang, jadi 4 pasang, ini pun buat pergi kerja dengan kenduri, sekali la labu.

Alkisah, Toyibbbbb, (kelakar).....

Ingat hujung minggu ni nak balik rumah mak, nak pinjam mesin jahit baju, (kot nak beli memang tak la). Maklumlah dah pandai menjahit, hahahah . Tak sempat telipon pun, mak aku dah tepon dulu

Mak : Balik rumah tak?

Aku : of course balik, kenapa mak?

Mak : Mak dah jahit baju kau ni, hari tu mak beli kat Bandung cotton saudi, bla bla bla bla......semua sekali ada empat pasang, nanti kau balik cuba, kot tak muat boleh oter, sume lain-lain kaler (colour)

Aku : -_-''

_________________________________________________________________________________

Jadi aku raya ini ada 8 pasang , yup... LAPAN, itu yang nyata, yang tak nyata aku dah order online baju kurung peplum, aaummmm, (dijangka sampai minggu depan).

Ini semua sape nak pakai? haha, tido malam raya aku pakai cukup seminggu, hahaha

Sebenarnya, mak aku ni, cakap je tak nak jahit, tapi tangan gatal juga beli kain, boleh cakap, dalam sebulan tu, dapat la aku 2-3 pasang baju kurung. Hakikatnya, aku tak pernah pun pakai, bukan tak suka, tapi lepas jahit, basuh, dan cantik je lipat, aku simpan dalam almari, part paling bawahhhhh sekali, sebab aku malas nak duduk ke mencangkung ke, so kemalasan aku tu menyebabkan aku tak pakai (pakai pun pergi kenduri).

Lepas ni, kalau mak cakap tak nak jahit, aku taknak percaya, aku kene spotcek bilik jahit tu, (kot-kot adala an, hehehe )
Nak pakai cantik-cantik pun pergi kerja, tempat aku tak sesuai pakai baju kurung sarat barat ni, kalo pergi kenduri tu kadang-kadang aku ulang pakai, sebab depan mata je, hewhewhew, lepas ni, aku nak download #ootd kat INSTAGRAM banyak-banyak, jadi, setiap hari pergi kerja, aku post koleksi baju kurung (zaman bila tak taw) baru zemangat ullosss, hik hik hik :P

Lepas ni boleh haunting kasut dengan tudung, yesssss

Selamat berpuasa dan selamat berbuka :)


1 comment: