saya disini

Wednesday, 31 July 2013

:: REZEKI RAMADHAN ::



Alhamdulillah, hari ni je macam-macam dapat, bonus, orang beli Shaklee, Herbalife, tapi paling best sekali, My Popia Nestum dah habis jual, seminggu dua ni, memang 'pulun' menggulung, menggunting, goreng, salut, bungkus, print price tag dan macam-macam benda buat, lepas kol 10 laju-laju buat, balik keje terus mula, buat sikit-sikit, mula-mula nak buat untuk yang dah  pre-order je, tapi dah ramai pula yang nak, kelmarin aku pusing satu Kuala Pilah nak beli kulit popia dan Nestum, tiba-tiba pulak habis, dari Pasaraya Aktif, aku pergi cari kat Econsave, tapi yang tinggal jenama Econsave (memang tak la) pastu pecut laju-laju (sebab nak berbuka dah, turn aku masak hari tu) pergi Giant, hampeh yo, tinggal 15 bungkus je, habis aku borong, Nestum pun sama, phewww..

Semalam, bertungkus lumus buat, kirim kat mak yang on the way lalu semua jenis Market tu tambah beberapa bungkus lagi. Aku mula buat lepas terawikh, ehemmm.. ada dalam 1- 2 minggu aku tak pergi terawikh kat masjid, aku buat kat rumah (sebab baby Raisah ada, hehehe) , tak ada orang jaga my lovely niece, kami satu family buat turn, sebab mak memang nak pergi terawikh, jadi akak dan adik aku la yang bawak mak, so, mak je la yang tak pernah tinggal terawikh setakat ni :)




Aku upload je pagi Isnin kat Facebook, ramai inbox nak, aku pun buat la, bak kata mak aku "satu rumah, satu produk" hik hik hik. (lepas ni nak cuba buat ayam golek untuk kenduri e.t.c)


Baki aku buat hujung miggu  aku dah jual kat orang yang datang rumah, semalam je aku mula buat baru sebab memang tak cukup, yang order , alhamdulillah siap semua 40 Kg dalam masa satu hari (siap upah adik dan kawan perempuan dia, offer tido rumah lagi) . Nak buat ni pun berebuat dapur dengan akak aku, dia sibuk buat Brownies dan Chocolate Cookies, pape pun thanks a lot kat adik, jadi runner dan pembantu untuk dua orang kakak dia.

Untuk yang order selepas raya tu, aku buat lepas balik kampung, sebab sekarang ada company kat Shah Alam order untuk gift, huhuhuhu..tak tido malam la aku , tapi rezeki jangan di tolak kennnnss..aku amik jugak, sebab kawan-kawan adik aku memang berminat nak cari duit lebih untuk raya, ehemm, alhamdulillah, raya tahun ni, boleh la bagi lebih kat semua orang (rezeki yang perlu dikongsi) aku siap-siap bagi duit raya kat mak, (bulan Ramadhan, elok bersedekah ) begitu juga dengan adik-beradik aku yang lain, mak raya sakan la tahun ni (semua hulur sebelum raya) kami nak jadikan tradisi bagi dalam bulan puasa, in sha ALLAH.

Siap semua, pastu boleh shopping kat Sogo ke, pergi Danau ke heeeeeeee TAK SABAR AKU , dah aku nak siapkan keje, hari ni half -day, hik hik hik





p/s : kepada yang wassap aku tak dapat, aku bukan hilang, tapi wassap aku crash lagi sekali dan aku tak renew internet, hik hik hik, pasni aku renew yeeeeeee...

*yang call pun tak dapat, handphone aku hilang, sob sob sob, aku beli nombor baru dengan handphone baru, aku bagi, sementara ni email jela :'(









:: TIADA JODOH ::



Mak : "Cari lelaki yang ada masa susah senang"
Aku : "Dah jumpa, tapi dah hilang"
Mak : "Yang susah senang sama-sama, bukan yang hilang........"
Aku : "Ya Mak, mak cari mak punya dulu, hehehehehe"
Mak : " Galok "
             

"What is happiness?"
"Happiness is when you see others smile because of you"


Tiga tahun lepas, aku punya history terus berubah, dengan aku aku berubah, di saat tak berapa kenal manusia dan dunia, aku tak sangka akan ada orang bakal susun segala cerita hidup aku yang kosong dengan warna-warna kosong. Tiga tahun lepas..........semuanya berubah.

Tuhan bagi kita rasa satu fasa di mana kita lama sangat dijahanamkan lelaki., serba serbi berkait jantan semua nampak sial. Jadi orang yang semacam aku teringin letak diri dalam kasut lelaki dan pegang peranan lelaki selama membesar, belajar, dan lihat. Pendekkan cerita, tuhan bagi fasa aku untuk terima derita sebelum bahagia.

"Tak handsome pun boyfriend kau?"
"Tak apalah, tak ada orang kacau"
"Tak handsome pun boyfriend kau?" 
"Tak apalah, aku pun bukan cantik"
"Tak handsome pun boyfriend kau?"
"Tak handsome tak apa, asal berguna"


Entahlah kenapa mesti dia. Mungkin sebab dia orang pertama selain arwah ayah yang aku percaya ? Orang yang tak pernah putus telinga bila aku bercerita. Yang selalu ajar aku macam mana nak kejamkan diri. Orang yang selalu kejutkan aku dengan lawak-lawak cipan. Yang betul-betul buat aku gelak berair mata. Orang yang layan semua kerenah aku bila tiba masa-masanya. Yang selalu berjanji tapi tak pernah tunaikan?. Orang yang selalu buat aku berusaha nak maju, yang kuat motivated tanpa sedar. Orang yang aku selalu fikir tanpa henti sampai masuk mimpi. Yang menawan hati semua orang dengan kata-kata bukan rupa.  Orang yang lama aku bersama walau masuk keluar gaung.
Tiga tahun lepas, aku bagi peluang pada diri, supaya terima apa saja Tuhan bagi. Apa saja. Aku tak tahu orang yang sesetan dia punya rasa yang sama. Tapi mungkin aku salah bila Tuhan manjakan sangat. Jenis salah, tapi bangang yang sentiasa nak menang. 
In life, kadang-kadang kita rasa kita belajar teori dulu baru kita boleh praktikkan. But somehow, bila muhasabah diri, kita praktik dulu baru kita dapat teori sebenar. Dari partnerlah, kita belajar. Lagi-lagi bila kita ni diciptakan untuk tidak hidup sempurna. Macam mana nak sabar, macam mana nak bertahan. Dia bagi kita jalan, dia tunggu kita kat belakang. Jalan kita yang pilih, kalau jatuh, dia ada untuk sambut. Kalau salah, dia ada untuk betulkan. Kalau susah, dia ada untuk senangkan.


Untuk sekarang, aku masih tak ada jawapan. Tapi aku dah dilatih selama tiga tahun, In sha allah aku akan usahakan. Aku tahu aku mengecewakan, tapi harap doa aku laku untuk Tuhan maafkan.








Thursday, 18 July 2013

:: JEM MACAM SAMURAI ::

Jem ni bukan jem makanan tu, ni jammed jalan, bayangkan la, dari tempat kerja ke rumah baru 15 minit, ko bayangkan, aku keluar kol 6 petang sampai sekarang (7ptg) aku kat atas jalan dalam kete update blog, hebat tak? Siap amik gambar, dengan shake and look around,  dah add pastu delete, hik hik hik...

Bosan sangat dok atas kereta ni, macam nak turun borak-borak dengan orang depan.. Boleh?..

Dah la bukak radio dengar iklan McD SAMURAI, terbayang -bayang, perut dah la lapar, dengan encik Polis macam bagus je. Angin aku, plisss la, kami dah tunggu jammed ni berjam, kau baru je sampai, boleh suh orang cepat, sabar, belajar sabar, tak kisah la bawak raja mana sekalipun, respect la. Dah la satu lane je bukak, jalan lubang-lubang, ko nak memarah suh cepat, derr, lu pakai harta kerajaan (duit rakyat) boleh la, nak langgar lubang besar lori pun, bukan lu bayar, cuba kereta kau sendiri, mesti kau nak slow, cuba ko suh driver raja tu bawa ROLLS ROYCE tu langgar lubang tu lelaju, ha ha ha..janji aku memang saja bawak slow, sebab orang depan bawak laju (TRITON kot) ko marah "dorehla (cepat) ", ni aku memang saja bawak slow,  (kene jugak) tapi aku tak kisah, aku tak puase, ha ha ha..

Ok2jalan cam nak clear, gua chow beteh

XOXO

Friday, 12 July 2013

:: IFTAR DEKAT HOTEL ::

My menu is..tadaaaaaaa
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berpuasa hari ke-dua, heavenly, my sister got free Iftar buffet for 4 persons, luckily, her friends cannot make it, so, we got 8 pasess, yumsss, rezeki kan. Alhamdulillah for another rezeki, hehehehe..

Kami enam orang adik beradik, anak beranak segera bergegas ke tempat kejadian, yup Royale Bintang. Masuk je, hidung penuh bau macam-macam, perghhh, sedap nye bau, dari masakan melayu sampai barat pun ada, mestilah aku choose western food, kekekkeeke..



Actually, bukan western pun it's called Italian food, western food ni dapat ticket lain, jadi tak semua orang datang boleh makan western, kami je, tapi sebab perut malays kan, tak da lauk, nasi melayu tak la selera, cari jugak Malay cuisine, tapi memang sedap, ketam masak lemak sampai tersepit-sepit baju mak cik rebut ketam, pfftttt, waiters tu nanti refill balik la mak cik oiii...

Dari starter sampai ke dessert, perghhh, special case semalam ada DimSum Halal, sedap nak,(meleleh air liur taip ni). Variety of food to choose, aku mesti amik makanan yang aku jarang makan, ketam masak lemak, sotong masak lemak (sedappp sangat) sayur campur dan dessert , hahaha, sebenarnya, banyak gila aku makan, tapi tak pe, ni kira cheating je, satu hari je.. hehehehe..
Start dari pukul 6.30-10.00, kami sampai hampir buka dah, ke dah berbuka, cari tempat lagi, sesungguhnya, kami tak tengok pun orang lain, (tapi curi tengok makcik rebut ketam tu) teruksss, tapi memang best sangat, sebab makanan banyak sangat. Ada surau boleh terawikh sekali, siap imam, again Alhamdulillah.

oh ye, extra two tickets tu, kami invite tunang adik dan satu lagi tiket simpan je la, mula-mula nak invite cik abang, ingat tak da cuisine melayu, tapi Hawa (my sisters) cakap ada, siap listing for malays cuisine, banyak jugak, tapi disebabkan sesuatu berlaku.. tak delah ajak, so, i'm passing the tickets to my lovely future sisters in law (sebab dia dari Seremban).



Burger King's

Dah habis je terawikh, the whole family's tergolek-golek cari makanan (dasar perut melayu )
tergolek kau sampai KL, hahaha...



Kalau ikutkan hati nak je order Dominos's, dah lama tak makan since someone ada mention ni, tiba-tiba terliur pulak, hahahaha..tak pe tunggu, kang tiba-tiba bersalam dengan Dominos, uhhhhh hukkkk.


# -_-''

Thursday, 11 July 2013

:: AZAM MAK AKU, (AZAM TU BUKAN NAMA ORANG) ::


" Tahun ni, mak tak nak jahit baju, tak larat, korang semua dah kerja kan? boleh la beli baju siap, mak pun esok(raya) beli baju siap " (confident mode )

"Kau pun dah pandai jahit kan? " (mak senyum senget )

Dalam tahun ni, hampir setiap bulan mak bagitahu awal-awal dia tak nak jahit baju dah, bukan setiap bulan je, setiap kali lalu kedai jual baju kurung (lalu je la) pun mak sebut-sebut. Jadi dengan ini, sebulan dua sebelum puasa, aku dah haunting kain-kain ela untuk baju raya, aku beli la 2 pasang kain ela, sepasang aku hantar cina jahit (kebaya cina jahit kemas, cantik ),sepasang lagi aku jahit sendiri (ehem, baru tamat 3 bulan belajar jahit, hik hik hik ). Dua minggu lepas pergi Jalan TAR aku dah rembat sepasang Jubah moden dengan kurung peplum sepasang, jadi 4 pasang, ini pun buat pergi kerja dengan kenduri, sekali la labu.

Alkisah, Toyibbbbb, (kelakar).....

Ingat hujung minggu ni nak balik rumah mak, nak pinjam mesin jahit baju, (kot nak beli memang tak la). Maklumlah dah pandai menjahit, hahahah . Tak sempat telipon pun, mak aku dah tepon dulu

Mak : Balik rumah tak?

Aku : of course balik, kenapa mak?

Mak : Mak dah jahit baju kau ni, hari tu mak beli kat Bandung cotton saudi, bla bla bla bla......semua sekali ada empat pasang, nanti kau balik cuba, kot tak muat boleh oter, sume lain-lain kaler (colour)

Aku : -_-''

_________________________________________________________________________________

Jadi aku raya ini ada 8 pasang , yup... LAPAN, itu yang nyata, yang tak nyata aku dah order online baju kurung peplum, aaummmm, (dijangka sampai minggu depan).

Ini semua sape nak pakai? haha, tido malam raya aku pakai cukup seminggu, hahaha

Sebenarnya, mak aku ni, cakap je tak nak jahit, tapi tangan gatal juga beli kain, boleh cakap, dalam sebulan tu, dapat la aku 2-3 pasang baju kurung. Hakikatnya, aku tak pernah pun pakai, bukan tak suka, tapi lepas jahit, basuh, dan cantik je lipat, aku simpan dalam almari, part paling bawahhhhh sekali, sebab aku malas nak duduk ke mencangkung ke, so kemalasan aku tu menyebabkan aku tak pakai (pakai pun pergi kenduri).

Lepas ni, kalau mak cakap tak nak jahit, aku taknak percaya, aku kene spotcek bilik jahit tu, (kot-kot adala an, hehehe )
Nak pakai cantik-cantik pun pergi kerja, tempat aku tak sesuai pakai baju kurung sarat barat ni, kalo pergi kenduri tu kadang-kadang aku ulang pakai, sebab depan mata je, hewhewhew, lepas ni, aku nak download #ootd kat INSTAGRAM banyak-banyak, jadi, setiap hari pergi kerja, aku post koleksi baju kurung (zaman bila tak taw) baru zemangat ullosss, hik hik hik :P

Lepas ni boleh haunting kasut dengan tudung, yesssss

Selamat berpuasa dan selamat berbuka :)