saya disini

Friday, 4 October 2013

:: DONE ::



Maybe I just miss you,but this isn't love anymore.



It have been 4 days, it's like forever to wait, i should be happy, and more relax, i'm moving to the next chapter. Happiness.





Bismillahirrahmanirrahim... may Allah ease my journey. Amin

TABAH


:: LASIK MATA BUKAN LASTIK ::


 nak buat ke tak nak?

nak?
tak nak?
nak?
tak nak?

Awal tahun hari tu buat general check up, rasa sangat-sangat mampu, dan berbaloi, nak dekat akhir tahun ni, dah tak rasa kemampuan terutamanya mental (takut/seram) . Bila fikir balik macam-macam boleh buat dengan duit lasik tu, tapi kalo fikir-fikir balik, kos contact lens, solution and spek every month pun sama je buat lasik, end up, aku tak payah pakai spek, tak payah bawak satu bag extra setiap kali balik kampung/kursus/overnight. Tak payah susah-susah kira life span contact lens, beli solution, belum masuk hilang/tumpah lagi, jimat kan? Hmmmm... nay or yay?

Friday, 13 September 2013

:: UNTUK AWAK YANG MENGHANCURKAN :'( ::



We clawed, we chained, our hearts in vain
We jumped, never asking why
We kissed, I fell under your spell
A love no one could deny

Don’t you ever say I just walked away
I will always want you
I can’t live a lie, running for my life
I will always want you


I came in like a wrecking ball
I never hit so hard in love
All I wanted was to break your walls
All you ever did was break me
Yeah, you wreck me


I put you high up in the sky
And now, you’re not coming down
It slowly turned, you let me burn
And now, we’re ashes on the ground


I came in like a wrecking ball
Yeah, I just closed my eyes and swung
Left me crashing in a blazing fall
All you ever did was break me
Yeah, you wreck me


I never meant to start a war
I just wanted you to let me in
And instead of using force
I guess I should’ve let you in


I never meant to start a war
I just wanted you to let me in
I guess I should’ve let you in


Don’t you ever say I just walked away
I will always want you

Wednesday, 14 August 2013

:: WORDLESS WEDNESDAY ::





While browsing my photo gallery

.................................................................................................................






nothing less, nothing more

Monday, 12 August 2013

Monday, 5 August 2013

:: MOOD RAYA UNTUK ORANG LAIN ::





Anak buah dah berderet, sepupu pun berderet tunggu, ini belum adik-adik.
heeee..Alhamdulillah, raya tahun ni dapat bagi lebih sikit, tapi kene pergi tukar lagi, ok ok ok..ni last tukar duit raya, ok last. haaaaaaa, walaupun dah tak da mood nak raya, tapi orang lain ada, walauapun RM1 je, harap korang yang dapat happy, aku baru dapat duit raya semalam, dah tua pun dapat lagi, tapi kalau cina bagi, kira apa? duit raya ke gong xi gong xi? hahahahaha... thanks you uncle :)

Harap-harap macam tahun lepas, dapat lagi duit raya, he he he :)


last sekali, Selamat Hari raya, Maaf zahir dan batin :)


Sunday, 4 August 2013

:: HUTANG DAN JANJI SELAMANYA ::

Aku banyak dah berurusan dengan orang yang tak tepati janji ni. Pernah jugak tak tepati janji. Cerita pung pang pung pang, berjanji ganti bagai nak mati, lepas tu habuk pun tarak. Janji-janji boleh jadi benci.

Bila tengok orang susah, kita faham, mampu tolong paham bila tak mampu hulur. Bila kita susah orang langsung tak faham, tak nak faham, lagi jauh pergi, sampai terasa, tapi kita simpan dalam hati takut nanti tak bercakap satu hari.

Niat nak bantu sebab kita pun pernah rasa susah masih kadang-kadang susah, tapi bila kita tak dapat bantu, lari jauh pergi..pergi. Nak meminta bukanlah senang, kelu nak minta hak sendiri, kalau tak bercakap terus, kita berkias, tapi kiasan tak sampai kat hati tu. Bodoh je diamkan diri, sebab fikir boleh minta lain kali, sampai masa kita pun malu minta hutang sendiri. Bila sekarang ramai yang kerap cuba berhutang, aku dah mula kejam, aku tolak, kadang-kadang menipu, kata tak mampu tapi bisnes maju. Aku jadi serba salah, bila aku menipu kata tak mampu, serupalah aku macam tak bersyukur, bila untung aku kata rugi, jadi doa, tapi kalau kau yang asyik meminjam tak pernah bayar, macam mana aku nak bagi?. Sampai satu tahap aku takut sangat bagi pinjam,waima hulurkan dulu duit sendiri, aku jadi berkira dah, selangkah je, aku fikir boleh rugi.

Aku sendiri catu belanja, nak bagi orang senang, aku balik yang susah, aku diamkan, dengan harapan orang faham. Bila ada untung sikit, bayar la sikit, bila senang, senyap, tengok dari jauh, bila susah, datang pun mengensot minta simpati, mula-mula memang keras hati, tapi lama-lama...hmmm..

Bila Melayu tak tolong Melayu, nak bising. Bila Melayu dah kena tolong dengan Melayu, buat taik. Come on, kencing manis ada jugak ubatnya. Kencing kawan ni apa cita? 

Aku jual semua benda selagi boleh jual. Dari kuih, baju,ubat, beg, MLM sebab nak tanggung belanja. Jaranglah tolak bila orang mintak tolong sebab percaya. Selagi mampu tolong, tolong. Kalau tak tolong tu maknanya tak mampulah. Kalau boleh, rezeki kita kongsi sama-sama. Esok kau untung, lusa aku untung. Tapi bila masalah orang tak berbahasa ni, payahlah sikit. Simple common sense takkan nak ajar. 
Biarlah tak ada duit, asal tak ada hutang. Tapi dah berhutang sebab nak tolong.
Kalau boleh duduk mengangkang masuk angin, cukup bulan makan tanggung berak cangkung. Tuhan tarik satu-satu bila kita leka. Kita susah takkan selamanya nak susah. Tengok orang makan itu ini, kita nak merasa. Tengok orang beli itu ini, kita nak cuba. Takkan selamanya nak bawa cerita sedih ke hulu hilir. Cubalah fikir yang mungkin susah kita tak sesusah orang lain. Kalau kita mungkin tak boleh menyenangkan orang, cubalah jangan menyusahkan. Simple.

Periksalah buku kenanganmu semalam, dan engkau akan tahu bahawa engkau masih berhutang kepada manusia dan kehidupan.

p/s: kalau kita ada hutang,bayarlah, tak banyak sikit bayar, kalau memang tak mampu,takpayah berhutang



Friday, 2 August 2013

:: JUMAAT TERAKHIR ::



As i'm writing here, i was in Q for Maxis new simcard. Betapa lamanya dunia aku sunyi, haha, sampai opis lelaju bukak email, facebook, twitter nak cek kot kot ada mesej ke hape, ballik rumah pun sama, trus buka komputer, online je, sampai adik tak dapat pakai, haha, but then i'm was impressed with myself, last seen almost a week, haha, kalau tak asyik online je, terbangun dimalam hari pun nak online, pffftttt. Inilah akibat baling handphone, sekali je baling, macam macam masalah datang, siap package hilang handphone, aduhai, nak beli baru rasa ralat, baru beli handphone baru, pakai pun tidak, tapi nak beli lagi? Kot tak pakai, rugilah. Terpaksa berpesan pesan,memang rasa susah, susah sangattt. Tauke handphone tapi tak da handphone, kui kui kui, marah mak bila bila dia tak dapat contact, nak pinjam handphone pun tak mampu, hik hik hik  


Lost contact almost a week, made me realised, dunia kita macam mana sebenarnya. Actually, aku sebenarnya takut...takut nak tahu apa jadi..seminggu lost contact, buat aku tertanya-tanya siapa yang cari aku selama aku hilang, apa jadi? Huhuhu..the truth that hurt, aku kene bersedia saja, mentally and fizically, kenyataann yang aku harus kunyah, mungkin manis, mungkin sepahit tergigit serdak kopi tak bertapis. Pada satu masa, aku rasa tenang, the peace that you can't buy. Pada masa lain pulak, aku banyak rasa berdebar, hati tu.. Walaupun tengok cerita upin ipin, nak senyum, nak bercakap serba tak kena, nak makan rasa kelat, tak tertelan.

 
Ikutkan hati, aku lagi suka begini, serba nak tak tahu, tapi, sekarang kena terima hakikat, sampai bila tak tahu? Seminggu ni memang banyak menyusahkan orang, pinjam kredit (thank you friend) internet, terperap dalam opis dan bilik, keluar pun sekadar ke tandas, itu pun kalau boleh tak nak keluar, hahaha, mungkin sebab aku tak biasa, mcam kena parkinson, tak tengok Whatsapp, WeChat, KakaoTalk,Instagrameven nak main game pun tak dapat, biasanya kalau tak dapat online, sms pun cukup, tapi ni serba serbi tak boleh, hampir hampir meloncat nak kuar terus beli handphone sebijik. Hahaha.. Funny how your life turn out to be..... Jakun...


Thursday, 1 August 2013

:: NOT AVAILABLE ::



Finally, i'm giving up, Blackberry perlu di"servis" and it takes time to recover, hopefully, before rayala elok kan, nak contacs orang sangaaaaaaaaatttttttt susah!, then my tablet perlu reformat la, apala, bla bla, and it takes some of my time, haahaha. Since then, i was no longer available for ALL ONLINE app, What'sapp, KakoeTalk,WeChat pffftttt, back to basics, SMS/email/Facebook Chat, in case i'm not replying you, please call me :). I will try ASAP to get my new sim card (i lost my phone) and please mention your nama, because i don't know, who is who.

Secondly, penghantaran untuk Handphone last esok (2 OGOS 2013), poslaju akan tutup, jadi cepat-cepat collect order, mingu depan boleh sampai, in sha ALLAH .


FACEBOOK : Sarah Alias
EMAIL           : saralias1989@gmail.com
PHONE          : 0132163981


:: MY NEW DAYS ::


Minggu yang sangat memenatkan, mental dan fizikal tercabar, hampir meragut nyawa, ya ALLAH! kalau tak sedar, dah arwah Rabu hari tu, semua gara gara tak cukup tido, berjaga semalaman, bukan menangis, tak da keje asyik menangis ke? Huhuhu...  
Sibuk melayan repeat Popia Nestum, pas terawikh, terus buat popia yang dah orang tempah, banyak, sampai tak sedar dah pagi, itu pun mak adik gilir gilir tolong gulung, thevrest, aku buat sorang sorang, tepat habis pukul 6 pagi, siap sahur aku terus siap iron baju, jemur baju,mandi and solat, terus pergi kerj, dalam sejarah aku masuk oukul 7 pagi, semua terkejut, siap kerja tepat kol 7.30 aku trrus flat, tido dalam opis (aku kerja makmal, opis sorang sorang hehehe) kunci alarm setiap sejam, harammm,, tak da harapan aku nak dengar, tepat pukul 10 aku bangun, hehehe..selamat kerja semua settel dah, tapi aku memang penat sangat, terus half day, hari ni iftar kat luar daerah, kene siap cepat, by the way, handphone aku hilang hari isnin or semalam, baru perasan takda, blackberry aku pun dah jahanam, tablet buat hal, kejap wujud kejap tak. Feel free email aku je pape.    


Sold!!!




Menu berbuka


Balik tu pun sambung buat popia lagi, and aku memang tak cukup tido..plus aku memang isi masa lapang aku, dari duduk je, nanti asyik berfikir, cikit cikit pun rindu, baiklah aku buat buat sibuk, boleh tambah duit poket, boleh beli mak tart nenas homemade, mak tak suka beli kat kedai, dia suka homemade, tapi biasalah, homemade mahal, dua balang tak cukup.

Tahun ni tak berapa nak beraya, mungkin sebab dah besar, and raya keempat dah kerja balik, jadi tak le nak beraya, paling aku teruja, mestilah berniaga, malam raya siap tumpang kedai sepupu nak jual popia ni, hehe, alhamdullilah rezeki kan, sambil jual mercun, boleh jual popia.   Nampaknya memang benar, 9/10 rezeki datang dari perniagaan, in sha allah, aku ingat nak bukak stall hot dog  lepas raya, boleh tambah duit poket, setakat ni baru dapat stall second, dan tengah survey tempat strategik, yela ni homemade hotdog, resepi sendiri, macam macam flavour, balack pepper, cheese, jalapeno, dll, sos pun setakat ni,ujian rasa 8 out of 10 suka homemade hotdog buatan sendiri selain murah, sedap sangat, gemokkkk. Apa pun tengok jela nanti :)

Wednesday, 31 July 2013

:: REZEKI RAMADHAN ::



Alhamdulillah, hari ni je macam-macam dapat, bonus, orang beli Shaklee, Herbalife, tapi paling best sekali, My Popia Nestum dah habis jual, seminggu dua ni, memang 'pulun' menggulung, menggunting, goreng, salut, bungkus, print price tag dan macam-macam benda buat, lepas kol 10 laju-laju buat, balik keje terus mula, buat sikit-sikit, mula-mula nak buat untuk yang dah  pre-order je, tapi dah ramai pula yang nak, kelmarin aku pusing satu Kuala Pilah nak beli kulit popia dan Nestum, tiba-tiba pulak habis, dari Pasaraya Aktif, aku pergi cari kat Econsave, tapi yang tinggal jenama Econsave (memang tak la) pastu pecut laju-laju (sebab nak berbuka dah, turn aku masak hari tu) pergi Giant, hampeh yo, tinggal 15 bungkus je, habis aku borong, Nestum pun sama, phewww..

Semalam, bertungkus lumus buat, kirim kat mak yang on the way lalu semua jenis Market tu tambah beberapa bungkus lagi. Aku mula buat lepas terawikh, ehemmm.. ada dalam 1- 2 minggu aku tak pergi terawikh kat masjid, aku buat kat rumah (sebab baby Raisah ada, hehehe) , tak ada orang jaga my lovely niece, kami satu family buat turn, sebab mak memang nak pergi terawikh, jadi akak dan adik aku la yang bawak mak, so, mak je la yang tak pernah tinggal terawikh setakat ni :)




Aku upload je pagi Isnin kat Facebook, ramai inbox nak, aku pun buat la, bak kata mak aku "satu rumah, satu produk" hik hik hik. (lepas ni nak cuba buat ayam golek untuk kenduri e.t.c)


Baki aku buat hujung miggu  aku dah jual kat orang yang datang rumah, semalam je aku mula buat baru sebab memang tak cukup, yang order , alhamdulillah siap semua 40 Kg dalam masa satu hari (siap upah adik dan kawan perempuan dia, offer tido rumah lagi) . Nak buat ni pun berebuat dapur dengan akak aku, dia sibuk buat Brownies dan Chocolate Cookies, pape pun thanks a lot kat adik, jadi runner dan pembantu untuk dua orang kakak dia.

Untuk yang order selepas raya tu, aku buat lepas balik kampung, sebab sekarang ada company kat Shah Alam order untuk gift, huhuhuhu..tak tido malam la aku , tapi rezeki jangan di tolak kennnnss..aku amik jugak, sebab kawan-kawan adik aku memang berminat nak cari duit lebih untuk raya, ehemm, alhamdulillah, raya tahun ni, boleh la bagi lebih kat semua orang (rezeki yang perlu dikongsi) aku siap-siap bagi duit raya kat mak, (bulan Ramadhan, elok bersedekah ) begitu juga dengan adik-beradik aku yang lain, mak raya sakan la tahun ni (semua hulur sebelum raya) kami nak jadikan tradisi bagi dalam bulan puasa, in sha ALLAH.

Siap semua, pastu boleh shopping kat Sogo ke, pergi Danau ke heeeeeeee TAK SABAR AKU , dah aku nak siapkan keje, hari ni half -day, hik hik hik





p/s : kepada yang wassap aku tak dapat, aku bukan hilang, tapi wassap aku crash lagi sekali dan aku tak renew internet, hik hik hik, pasni aku renew yeeeeeee...

*yang call pun tak dapat, handphone aku hilang, sob sob sob, aku beli nombor baru dengan handphone baru, aku bagi, sementara ni email jela :'(









:: TIADA JODOH ::



Mak : "Cari lelaki yang ada masa susah senang"
Aku : "Dah jumpa, tapi dah hilang"
Mak : "Yang susah senang sama-sama, bukan yang hilang........"
Aku : "Ya Mak, mak cari mak punya dulu, hehehehehe"
Mak : " Galok "
             

"What is happiness?"
"Happiness is when you see others smile because of you"


Tiga tahun lepas, aku punya history terus berubah, dengan aku aku berubah, di saat tak berapa kenal manusia dan dunia, aku tak sangka akan ada orang bakal susun segala cerita hidup aku yang kosong dengan warna-warna kosong. Tiga tahun lepas..........semuanya berubah.

Tuhan bagi kita rasa satu fasa di mana kita lama sangat dijahanamkan lelaki., serba serbi berkait jantan semua nampak sial. Jadi orang yang semacam aku teringin letak diri dalam kasut lelaki dan pegang peranan lelaki selama membesar, belajar, dan lihat. Pendekkan cerita, tuhan bagi fasa aku untuk terima derita sebelum bahagia.

"Tak handsome pun boyfriend kau?"
"Tak apalah, tak ada orang kacau"
"Tak handsome pun boyfriend kau?" 
"Tak apalah, aku pun bukan cantik"
"Tak handsome pun boyfriend kau?"
"Tak handsome tak apa, asal berguna"


Entahlah kenapa mesti dia. Mungkin sebab dia orang pertama selain arwah ayah yang aku percaya ? Orang yang tak pernah putus telinga bila aku bercerita. Yang selalu ajar aku macam mana nak kejamkan diri. Orang yang selalu kejutkan aku dengan lawak-lawak cipan. Yang betul-betul buat aku gelak berair mata. Orang yang layan semua kerenah aku bila tiba masa-masanya. Yang selalu berjanji tapi tak pernah tunaikan?. Orang yang selalu buat aku berusaha nak maju, yang kuat motivated tanpa sedar. Orang yang aku selalu fikir tanpa henti sampai masuk mimpi. Yang menawan hati semua orang dengan kata-kata bukan rupa.  Orang yang lama aku bersama walau masuk keluar gaung.
Tiga tahun lepas, aku bagi peluang pada diri, supaya terima apa saja Tuhan bagi. Apa saja. Aku tak tahu orang yang sesetan dia punya rasa yang sama. Tapi mungkin aku salah bila Tuhan manjakan sangat. Jenis salah, tapi bangang yang sentiasa nak menang. 
In life, kadang-kadang kita rasa kita belajar teori dulu baru kita boleh praktikkan. But somehow, bila muhasabah diri, kita praktik dulu baru kita dapat teori sebenar. Dari partnerlah, kita belajar. Lagi-lagi bila kita ni diciptakan untuk tidak hidup sempurna. Macam mana nak sabar, macam mana nak bertahan. Dia bagi kita jalan, dia tunggu kita kat belakang. Jalan kita yang pilih, kalau jatuh, dia ada untuk sambut. Kalau salah, dia ada untuk betulkan. Kalau susah, dia ada untuk senangkan.


Untuk sekarang, aku masih tak ada jawapan. Tapi aku dah dilatih selama tiga tahun, In sha allah aku akan usahakan. Aku tahu aku mengecewakan, tapi harap doa aku laku untuk Tuhan maafkan.








Thursday, 18 July 2013

:: JEM MACAM SAMURAI ::

Jem ni bukan jem makanan tu, ni jammed jalan, bayangkan la, dari tempat kerja ke rumah baru 15 minit, ko bayangkan, aku keluar kol 6 petang sampai sekarang (7ptg) aku kat atas jalan dalam kete update blog, hebat tak? Siap amik gambar, dengan shake and look around,  dah add pastu delete, hik hik hik...

Bosan sangat dok atas kereta ni, macam nak turun borak-borak dengan orang depan.. Boleh?..

Dah la bukak radio dengar iklan McD SAMURAI, terbayang -bayang, perut dah la lapar, dengan encik Polis macam bagus je. Angin aku, plisss la, kami dah tunggu jammed ni berjam, kau baru je sampai, boleh suh orang cepat, sabar, belajar sabar, tak kisah la bawak raja mana sekalipun, respect la. Dah la satu lane je bukak, jalan lubang-lubang, ko nak memarah suh cepat, derr, lu pakai harta kerajaan (duit rakyat) boleh la, nak langgar lubang besar lori pun, bukan lu bayar, cuba kereta kau sendiri, mesti kau nak slow, cuba ko suh driver raja tu bawa ROLLS ROYCE tu langgar lubang tu lelaju, ha ha ha..janji aku memang saja bawak slow, sebab orang depan bawak laju (TRITON kot) ko marah "dorehla (cepat) ", ni aku memang saja bawak slow,  (kene jugak) tapi aku tak kisah, aku tak puase, ha ha ha..

Ok2jalan cam nak clear, gua chow beteh

XOXO

Friday, 12 July 2013

:: IFTAR DEKAT HOTEL ::

My menu is..tadaaaaaaa
Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berpuasa hari ke-dua, heavenly, my sister got free Iftar buffet for 4 persons, luckily, her friends cannot make it, so, we got 8 pasess, yumsss, rezeki kan. Alhamdulillah for another rezeki, hehehehe..

Kami enam orang adik beradik, anak beranak segera bergegas ke tempat kejadian, yup Royale Bintang. Masuk je, hidung penuh bau macam-macam, perghhh, sedap nye bau, dari masakan melayu sampai barat pun ada, mestilah aku choose western food, kekekkeeke..



Actually, bukan western pun it's called Italian food, western food ni dapat ticket lain, jadi tak semua orang datang boleh makan western, kami je, tapi sebab perut malays kan, tak da lauk, nasi melayu tak la selera, cari jugak Malay cuisine, tapi memang sedap, ketam masak lemak sampai tersepit-sepit baju mak cik rebut ketam, pfftttt, waiters tu nanti refill balik la mak cik oiii...

Dari starter sampai ke dessert, perghhh, special case semalam ada DimSum Halal, sedap nak,(meleleh air liur taip ni). Variety of food to choose, aku mesti amik makanan yang aku jarang makan, ketam masak lemak, sotong masak lemak (sedappp sangat) sayur campur dan dessert , hahaha, sebenarnya, banyak gila aku makan, tapi tak pe, ni kira cheating je, satu hari je.. hehehehe..
Start dari pukul 6.30-10.00, kami sampai hampir buka dah, ke dah berbuka, cari tempat lagi, sesungguhnya, kami tak tengok pun orang lain, (tapi curi tengok makcik rebut ketam tu) teruksss, tapi memang best sangat, sebab makanan banyak sangat. Ada surau boleh terawikh sekali, siap imam, again Alhamdulillah.

oh ye, extra two tickets tu, kami invite tunang adik dan satu lagi tiket simpan je la, mula-mula nak invite cik abang, ingat tak da cuisine melayu, tapi Hawa (my sisters) cakap ada, siap listing for malays cuisine, banyak jugak, tapi disebabkan sesuatu berlaku.. tak delah ajak, so, i'm passing the tickets to my lovely future sisters in law (sebab dia dari Seremban).



Burger King's

Dah habis je terawikh, the whole family's tergolek-golek cari makanan (dasar perut melayu )
tergolek kau sampai KL, hahaha...



Kalau ikutkan hati nak je order Dominos's, dah lama tak makan since someone ada mention ni, tiba-tiba terliur pulak, hahahaha..tak pe tunggu, kang tiba-tiba bersalam dengan Dominos, uhhhhh hukkkk.


# -_-''

Thursday, 11 July 2013

:: AZAM MAK AKU, (AZAM TU BUKAN NAMA ORANG) ::


" Tahun ni, mak tak nak jahit baju, tak larat, korang semua dah kerja kan? boleh la beli baju siap, mak pun esok(raya) beli baju siap " (confident mode )

"Kau pun dah pandai jahit kan? " (mak senyum senget )

Dalam tahun ni, hampir setiap bulan mak bagitahu awal-awal dia tak nak jahit baju dah, bukan setiap bulan je, setiap kali lalu kedai jual baju kurung (lalu je la) pun mak sebut-sebut. Jadi dengan ini, sebulan dua sebelum puasa, aku dah haunting kain-kain ela untuk baju raya, aku beli la 2 pasang kain ela, sepasang aku hantar cina jahit (kebaya cina jahit kemas, cantik ),sepasang lagi aku jahit sendiri (ehem, baru tamat 3 bulan belajar jahit, hik hik hik ). Dua minggu lepas pergi Jalan TAR aku dah rembat sepasang Jubah moden dengan kurung peplum sepasang, jadi 4 pasang, ini pun buat pergi kerja dengan kenduri, sekali la labu.

Alkisah, Toyibbbbb, (kelakar).....

Ingat hujung minggu ni nak balik rumah mak, nak pinjam mesin jahit baju, (kot nak beli memang tak la). Maklumlah dah pandai menjahit, hahahah . Tak sempat telipon pun, mak aku dah tepon dulu

Mak : Balik rumah tak?

Aku : of course balik, kenapa mak?

Mak : Mak dah jahit baju kau ni, hari tu mak beli kat Bandung cotton saudi, bla bla bla bla......semua sekali ada empat pasang, nanti kau balik cuba, kot tak muat boleh oter, sume lain-lain kaler (colour)

Aku : -_-''

_________________________________________________________________________________

Jadi aku raya ini ada 8 pasang , yup... LAPAN, itu yang nyata, yang tak nyata aku dah order online baju kurung peplum, aaummmm, (dijangka sampai minggu depan).

Ini semua sape nak pakai? haha, tido malam raya aku pakai cukup seminggu, hahaha

Sebenarnya, mak aku ni, cakap je tak nak jahit, tapi tangan gatal juga beli kain, boleh cakap, dalam sebulan tu, dapat la aku 2-3 pasang baju kurung. Hakikatnya, aku tak pernah pun pakai, bukan tak suka, tapi lepas jahit, basuh, dan cantik je lipat, aku simpan dalam almari, part paling bawahhhhh sekali, sebab aku malas nak duduk ke mencangkung ke, so kemalasan aku tu menyebabkan aku tak pakai (pakai pun pergi kenduri).

Lepas ni, kalau mak cakap tak nak jahit, aku taknak percaya, aku kene spotcek bilik jahit tu, (kot-kot adala an, hehehe )
Nak pakai cantik-cantik pun pergi kerja, tempat aku tak sesuai pakai baju kurung sarat barat ni, kalo pergi kenduri tu kadang-kadang aku ulang pakai, sebab depan mata je, hewhewhew, lepas ni, aku nak download #ootd kat INSTAGRAM banyak-banyak, jadi, setiap hari pergi kerja, aku post koleksi baju kurung (zaman bila tak taw) baru zemangat ullosss, hik hik hik :P

Lepas ni boleh haunting kasut dengan tudung, yesssss

Selamat berpuasa dan selamat berbuka :)


Tuesday, 19 March 2013

:: BERCUTI - part 2 ::

Tadaaa, akhirnya aku sampai jugak SINGAPORE.

BAnyak tips aku boleh bagi, terutamanya yang kali pertama. Aku teruja sampai tak tido, bangun awal giler, sebab takut lambat. Hahahaha..

Tips 1

Breakfast!

Take your breakfast, jangan skip breakfast uolls!, Sebab kalau kunun-kunun nak nreakfast kat SG (SINGAPORE) memang susah amat cari yang halal. Kalo yang dari rumah sila lah makan, dari hotel pun sama, dah bayar an? Rugi je tak makan.

Bekalan

Seriusly, wajib! Bawa bekalan, roti, air mineral, makanan ringan, untuk alas perut, aku bawak cokelat untuk tenaga nak berjalan satu USS,  roti untuk kurangkan perbelanjaan, hehehe.. Air mineral tak bawak sebab lupe..tapi untuk budget trip ni memang mahal nak mampos kalo tukar duit malaysia cam makan nasi.

Keselesaan

Pakaian selesa, theme kat sini banyak main air, korang jangan risau, aku berjalan satu USS basah kuyup, half round aku dah kering, hahaha..air, meleleh bila aku jalan, kat sini ada mesin keringkan badan 5 Singapore dollars. Kasut sukan untuk keselesaan, sebab aku pakai kasut al ikhsan jadi kesian kaki aku, jadi jenama bukan pengukur, hahaha, pakai selipar pun tak pe, ko tak payah peduli orang, orang tak pandang ko pun..hahahaha..elakkan baju kaler putih, jarang bile kene air, tapi aky pakai inner.

Keselamatan

Walaupun cini ade peti besi, aku tasa tak selamat jugak nak letak lelama, selain mahal nak mampos, hahahaha..bawak beg sandang instad of handbags, mungkin bergaya tapi bagi aku leceh..

Mata wang

Aku tukar tak banyak, dalam 100dollar je, cukup la makan untuk 3 orang, souvenir bundle dan minuman ringan. Survey cenderahati kat sume tempat, wlpn harga sama tapi kuantiti tak.

Makanan

Makan malam halal ada kat luar, kuar je bagitaw nanti masuk balik, dorang bagi cop kat tangan, tiket jangan buang. Ada dua gerai je yang halal, yang lain tak, so alert! Bagi yang bawak bekal tak payah risau ko lepak je memane bukak bekal ko makan, sungguh aku kata, sume orang tak pedulik, kalo ada pun kami je, hahahaha...

Peta

Grab peta dan showtime, so korang tak miss apa pun kat dalam tu, peta tu penting, ada tempat untuk smoking, makanan halal, theme yang tersembunyi, showtime schedule penting, so korang boleh rancang nak jalan mana dulu, masuk mana dulu, jadi korang memang tak miss pape pun, peta dengan showtime tu ada kat dalam kedai, masuk ambil je, selamber je, korang dah bayar tiket mahal, nak buat peta souvenir pun boleh, cam aku bajet tak da, hahahaha..

Melawat kawasan

Korang wajib pusing USS tu sampai habis, dah habis pun korang boleh pusing luar USS cantik! Masuk kasino pun boleh make sure atas 21 tahun dan ada pasport, tak boleh bawak kamera.

Tu je la dari aku, hahahahahahaha..next post, gambar aku je la..

Wednesday, 6 March 2013

:: BERCUTI - part 1 ::

pejam celik pejam celik...
tak lama lagi je..eh, esok je...
busy sangat uruskan banyak benda..rupenye banyak keje sebelum nak pergi luar negara ni.
Terutamanya Staf kerajaan, jangan ambil mudah ye. Selama ni ada ayah dengan mak yang uruskan, goyang kaki, bagi duit je, hahahaha..sekarang, amik kau! kemain banyak keje nak buat sendiri, hahaha..ok tak pe, kita belajar dari pengalaman ok?.. yes yes captain!... :P

So, aku nak bagitau tips-tips sebelum ke luar negara bagi yang kali pertama.

PASPORT

Penting sekali, tak kisah la pergi memana pun, janji pasport ada, tak da ko boleh dok kat penjara imigresen, hahaha. Aku buat kat Putrajaya, hari AHAD, jadi silalah kuar rumah awal sape-sape yang jauh tu, sebab aku datang pukul 8 pagi pun orang dah beratur panjang sampai ke pintu, pheww..
Jadi, siap-siapkan Salinan photostat kad pengenalan, dan sekeping gambar, sekarang tak payah isi borang dan duit, hahahhahaa.



TEMPAT PENGINAPAN

Booking awal-awal dulu, survey segala harga, jangan main redah je nak pergi, terutamanya orang cam aku, orang yang payah amik cuti, hahaha..unless korang adalah backpackers yang tegar, ok je.

RANCANG WAKTU CUTI

Aku tak rancang pun, ada duit, boleh cuti, aku pergi je, hahahahha..pasni nak nek kapalterbang uollz, nak bawak cik abang merasa, hahahaha...

ok, setakat ni, tu je aku nak kongsi, tunggu busy woman ni update, hahahhaha..