saya disini

Thursday, 22 November 2012

PENAT

YA ALLAH,

aku penat sangat dengan dugaan macam ni, aku taw KAU takkan bagi dugaan itu melebihi kemampuan umatnya, tapi aku rasa tak mampu sangat. Aku tak mampu lagi hadapi perkara macam ni lagi. Cukuplah.

______________________________________________________________________________

aku penat menangis, aku penat bersabar, aku penat buat-buat tak tahu, aku penat buat-buat tak kisah, tak dengar, kadang-kadang aku buat-buat tak nampak.

tapi sampai bila macam nie, menangis hati aku, airmata aku dah kering nak mengalir, sungguh aku memang tak berdaya langsung. Aku penat sangat, mati dah hati aku, mati dah rasa aku, kau tinggalkan sedih yang berpanjangan je.

kalau memang la kau tak da perasaan kat aku, cakap je la, senang, biarkan aku susah cara aku, janji aku tak terikat dengan janji-janji kau.

kau tau tak perasaan aku?
kau tak tau, sebab kau tak kesah, kau tak peduli, hati aku hancur lumat.

salah ke kalau aku doa jodoh aku panjang? biar macam mana orang kata, susah senang, aku dengan kau, orang tak tau susahnya. Kau sendiri berkali-kali cakap, jangan dengar cakap orang, tapi kau sendri menipu, macam mana aku tak dengar cakap orang?

Bukan aku minta duit ringgit kau pun, aku minta kau jujur je, salah ke?
setiap kali aku tahu mesti dari orang lain, bukan dari kau sendiri, sekarang je cabaran macam ni? esok lusa?
benci aku kat lelaki meluap-luap, sebab kau, aku benci kau, aku TAK NAK maafkan kau.

No comments:

Post a Comment