saya disini

Thursday, 22 November 2012

MATA AKU

Pagi ni aku bangun tak macam biasa, berbeza sekali dari pagi-pagi yang lain. Selalu aku bangun aku toleh sebelah aku sama ada bantal tak pun akak aku ( kami tido sebilik, kesah plak?..hahaha).
Tapi pagi ni, ada satu makhluk comel mengerekot sejuk hujan malam tadi, sepupu aku yang paling kecik. Oh lupe plak semalam dorang datang dari Taiping dan dia masuk tido curi-curi dalam bilik aku. Hehehehehe...~

Aku siap-siap pergi keje, aku selimutkan sepupu aku tu.
aku cume membayangkan suatu hari nanti,
adakah aku akan berpeluang bangun pagi, celik mata, anak-anak aku dan suami aku je yang aku nampak?
tiba-tiba rasa nak kawen dengan cepat, supaya aku bangun pagi aku pandang muka penyejuk hati instead of pergi keje tengok muka manusia yang masam mencuka setiap hari...hehehehe..

InsyaALLAH, semoga ALLAH pertemukan jodoh ku, AMIN YA RABB

No comments:

Post a Comment