saya disini

Thursday, 22 November 2012

MATA AKU

Pagi ni aku bangun tak macam biasa, berbeza sekali dari pagi-pagi yang lain. Selalu aku bangun aku toleh sebelah aku sama ada bantal tak pun akak aku ( kami tido sebilik, kesah plak?..hahaha).
Tapi pagi ni, ada satu makhluk comel mengerekot sejuk hujan malam tadi, sepupu aku yang paling kecik. Oh lupe plak semalam dorang datang dari Taiping dan dia masuk tido curi-curi dalam bilik aku. Hehehehehe...~

Aku siap-siap pergi keje, aku selimutkan sepupu aku tu.
aku cume membayangkan suatu hari nanti,
adakah aku akan berpeluang bangun pagi, celik mata, anak-anak aku dan suami aku je yang aku nampak?
tiba-tiba rasa nak kawen dengan cepat, supaya aku bangun pagi aku pandang muka penyejuk hati instead of pergi keje tengok muka manusia yang masam mencuka setiap hari...hehehehe..

InsyaALLAH, semoga ALLAH pertemukan jodoh ku, AMIN YA RABB

PENAT

YA ALLAH,

aku penat sangat dengan dugaan macam ni, aku taw KAU takkan bagi dugaan itu melebihi kemampuan umatnya, tapi aku rasa tak mampu sangat. Aku tak mampu lagi hadapi perkara macam ni lagi. Cukuplah.

______________________________________________________________________________

aku penat menangis, aku penat bersabar, aku penat buat-buat tak tahu, aku penat buat-buat tak kisah, tak dengar, kadang-kadang aku buat-buat tak nampak.

tapi sampai bila macam nie, menangis hati aku, airmata aku dah kering nak mengalir, sungguh aku memang tak berdaya langsung. Aku penat sangat, mati dah hati aku, mati dah rasa aku, kau tinggalkan sedih yang berpanjangan je.

kalau memang la kau tak da perasaan kat aku, cakap je la, senang, biarkan aku susah cara aku, janji aku tak terikat dengan janji-janji kau.

kau tau tak perasaan aku?
kau tak tau, sebab kau tak kesah, kau tak peduli, hati aku hancur lumat.

salah ke kalau aku doa jodoh aku panjang? biar macam mana orang kata, susah senang, aku dengan kau, orang tak tau susahnya. Kau sendiri berkali-kali cakap, jangan dengar cakap orang, tapi kau sendri menipu, macam mana aku tak dengar cakap orang?

Bukan aku minta duit ringgit kau pun, aku minta kau jujur je, salah ke?
setiap kali aku tahu mesti dari orang lain, bukan dari kau sendiri, sekarang je cabaran macam ni? esok lusa?
benci aku kat lelaki meluap-luap, sebab kau, aku benci kau, aku TAK NAK maafkan kau.

Wednesday, 21 November 2012

AKU

kalau tak suka aku, sudah! 
jangan cari aku.
kalau nak duit aku , cakap!
jangan kau bagi harapan palsu kat aku.
kalau ko tak de perasaan dengan aku, tinggalkan, cakap je terus terang!
nape kau nak tabur segala gula dalam hidup aku! ape tujuan kau???!!!
nape kau nak citer buruk aku semua?
nape kau tak nak mengaku?
kau pikir susah kau je, susah aku??
tergamak kau buat macam ni?
35 tahun ni aku nak berdendam dengan kau je la?
kau nak kan macam tu?
sesungguhnya kau adalah manusia paling zalim!


satu masa nanti, kau rasa apa yang aku rasa.

Tuesday, 20 November 2012

JAMBATAN GANTUNG

06:50 am

sms
L: bangun..bangun..keje..keje..
P: bangun dah..hehehe..
( sms berlarutan sehingga kol 11 am-maksimum )

bla..bla..bla..

04:00 pm
P: buat pe? senyap plak
L: oh, tido ( kredit tak de )

( sms sampai kol 6pm-maksimum jugak)

8:00pm
P: bt pe...

(tamat untuk hari itu)

__________________________________________________________________________

kalau dah 2-3 miggu macam ni, memang tergantung la, jambatan gantung cantik lagi, kalo orang?
tergantung la kisah..

dah tak normal macam ni, andai kata kita memang dah tak da hati kat seseorang tu, lebih baik lepaskan, mungkin sekarang orang tue susah, sape tahu ble kita lepaskan dia, hidup dia lebih baik..
aku lagi suka orang berterus terang, walaupun benda tu menyakitkan hati aku, sakitttttttttttt...entah, sekurang-kurangnya masa tu kita boleh guna perbaiki diri sendri dari kita asyik fikir apa salah kita.

sekadar pandangan aku.