saya disini

Friday, 10 August 2012

CACAMERBA KO TAHU X?


CACAMERBA ke CACIMAKI????

aku pun tak tahu nape jadi cam ni, sekejap malayssss, pasu kang aku taip dalam english, pastu men redah segala vocab and grammar, tapi cam x pedulik nak betulkan, sebab rasa canggih buat camni..hahahaha..

tak pe la..cool la camni, cam bangang pun cool..
berani betul pendirian aku...

nak maki pun tak elok..
tak aku macam tak bape pedulikla korg nak cakap ape..hahahahaha

ok tuh aje..bai..

MACAM SEDIH NAK MENANGIS

assalamualaikum w.b.t~

Dah macam diari pulak dah, main luah perasaan kat blog je..
dah habis daya nak cerita kat kengkawan, citer kat cini je la..hahahaha 

nak citer ape pun dah tak tahu..
dah akhir ramadhan ni, banyak jugak petunjuk pasal hati ni.

terasa kekurangan yang amat, terpaksa biasakan diri jugak,
sebab sampai bila nak menangis, sekrang mata dah bengkak, nak raya mata bengkak, cam hodoh..hahaha..

bila dah jadi macam ni, hilang arah tuju, adoi..
pulang semula ke pangkal jalan, semoga hari hari akhir ramadhan membawa lebih manfaat dan berkatnya dalam kehidupan seharian.jadi tak nak la sia siakan macam tu je kan..lebih lebih lagi kalau perkara dunia yang diutamakan, sape kesah x kawen sekarang ,eh? hahahahahaha..



p/s : pakai tab adik, jadi tak tau nak edit bagi comel cikit..hewhewhehwhe...

Wednesday, 8 August 2012

MENANGIS KERANA...




rasanya, dah terlalu kerap menangis, hmmmmm....
sampai ble mcm ni pn tak tau, rasa senang je lupakan dan memaafkan...
tapi azab nya, ALLAH je yang tahu.

hari ni aku menangis lagi, sesungguhnya hati aku amat rapuh sekali...
kalau dengar orang cakap benda elok mengenai diri kita tentu tak macam ni..
malunya aku, orang pandang sinis, macamla aku ni bersalah sangat, macam semua benda berpunca dari aku...hmmmm..

aku memang tak nak dengar cakap orang, tapi hakikatnya..
susahnya nak jauh diri...
aku cube sehabis mungkin..
ini adalah cabaran terbesar aku...

aku penat la sakit mata sebab menangis, aku malu datang keje asyik menangis, aku punya hati dah hancur lumat, berkali-kali aku cantum, setiap kali tu la jatuh berderai, kenapa tak boleh jadikan perpisahan ini semanis percintaan dulu?

kepada yang berkenaan, berhenti sakitkan hati aku..nanti aku mati aku jadi hantu kejar hidup kau!!! hahahahahahahaha..

sekian sahaja..

hahahahahahaha :'(

Thursday, 2 August 2012

JODOH

Mana-mana aku pergi orang tanya sal bila nak kawen?
pastu bila aku cakap belum jumpa jodoh lagi, boleh plak cakap aku memilih.
memang sakit hati aku, semua orang memilih lah!
kau pergi pasar pun kau pilih ikan, ayam  waima sayur ko nak kan?
inikan jodoh, takkan aku nak main rembat je, sedangkan bercinta pun macam ribut petir.

Bukan bermaksud aku tak nak kawen ke, aku tak suke lelaki ke, tak laaaaaaa...
aku tak jumpa jodoh aku lagi. Bila tiba masa aku akan kawen jugak.
Sape tak nak berkeluarga? semua nak, tapi bukan semua bernasib baik, jumpa je pasangan sehati sejiwa terus kawen dan bahagia sampai mati. takkk..aku tak tergolong dalam tu, aku melalui segala pancaroba, taufan tsunami dulu, ya, aku melalui segala badai.
Jadi bagilah masa untuk aku, AMIN YA RABB.

Wednesday, 1 August 2012

DUIT TERPIJAK

Aku nih bukan lah anak orang kaya, mahupun orang kaya, tak da la lahir-lahir je, bapak aku bagi persona sebijik ke, memang tak la, tapi yang aku boleh cakap rezeki aku. Aku tak de la hebat, tapi sejarah hidup aku dari kecik memang family aku buat aku sorang je bekerja, dari kecik, ko taw kecik? (sekolah rendah je kot..hahaha)

kecik-kecik lagi mak aku dah sosialkan aku kat Karangkraf, aku selalu masuk majalah keluarga, Google pun tak da, masa tu mana ada e-book segala, jadi memang dari kecik aku kene solek, ko bayangkanla solekan dulu-dulu, bibir lipstick mesti merah, ko tengok pun mesti nak berguling-guling, lawak!

bila aku sekolah menengah, aku selalu masuk pertandingan kebudayaan ni, jadi aku memang selalu solek orang, jadi bermula dari situ kawan-kawan aku yang memang terlibat modelling ni selalu la offer aku solek kan dorang, jadi aku memang ade pendapatan dari sekolah, aku memang tak harapkan belanja dari parents aku sebab nak hantar duit memang jauh, pastu nak bagi duet banyak2 takot hilang.

sumber aku conteng-conteng muka orang, aku buat modal join koperasi asrama aku, dari situ aku belajar berniaga, masa tu tak da pun perniagaan online sebab internet yang terhad, pastu kau dok asrama mana boleh bukak internet. Nama pun asrama, family tak boleh melawat hari-hari, ada waktu tertentu je, kalau nak kuar kene ada kebenaran, memang leceh, sebab tu bukak Koperasi asrama, macam-macam jual, aiskrim (paling laku), jajan, bateri dll..

Kat sekolah la nak asah bakat, jadi time sekolah selalu dapat join Program Keusahawanan Muda, jadi kawan-kawan aku ajak join modelling sebab aku an cam komfiden je cakap, tapi memang tak la, sekali je (ade jugak 5-6 kali pastu, ketagih..hehe ) aku join iklan jam rolex kat majalah remaja, tu pun gambar aku dekat tepi sekali, huhuhuhuuhu..~

habis sekolah, aku jual burger depan rumah, masa tu macam-macam jadi, jiran kutuk habis (last-last de pun bukak stall beger, ceh) sebab tak tahan, pastu mak aku kata berhenti aku pun stop, then aku keje kerani kontraktor melayu, bos aku memang baik, dia cube ubah nasib melayu, berkali-kali dia ajak aku usahakan kedai cenderahati, jadi aku pun join, nak mulakan perniagaan memang payah, aku pun macam give up, tapi sebab bukan aku kuar modal so tak kisah..hahaha..bos aku mintak aku uruskan kedai je, mula-mula memang gayat, dengan mesin fotostat la, nak cetak sijil, cetak kat tumbler, baju, kayu kayan,pen, jangan cakap la, aku dah rasa cara kuno beb, sekarang moden sume laser je.

Dapat sambilan keje UiTM, aku dapat elaun aku simpan, pastu rezeki panjang, dapat plak keje gomen(kontrak), separuh dari OT aku dapat, aku simpan, panjang lagi rezeki aku dapat tetap, lagi panjang dekat dengan si dia (hahaha, bukan rezeki, gatalll ) tapi bila aku keje tetap aku boros cikit, lama-lama aku sedar, beli kereta mesti nak jaga, semua pakai duet, jadi aku memang tekad, nak mati ke tak cukup makan, aku mesti simpan ckit, sedar tak sedar aku memang tersimpan duet, tapi kalo adik-adik kata aku kedekut memang pun, sebab aku bulan-bulan memang bagi dorang cikit je, hahaha..

time keje tetap aku buat bisnes online, majulah ckit, pastu combine dengan sepupu aku bukak pages tudung, cikit-cikit lama-lama jadi bukit, hehehe, aku jual beg, kasut,  baju korea, jersi, sume benda aku jual, belum termasuk aku usahakan kolam ikan kene tipu..hehehe..

Arwah ayah aku meninggal, dia tinggalkan hasil simpanan dia, konon-konon kalau anak dapat masuk Universiti boleh pakai duit tu, tapi dalam ramai-ramai, sorang je dapat masuk universiti, jadi duit yang disimpan tak habis pakai, mak bahagikan kami adik beradik, duit tu aku simpan dengan duit yang lain.


mak aku bukak kan akaun remaja ASN, buruk giler buku tu, dari aku start masuk majalah, mak aku simpan duit tu dalam akaun tu, masa masuk sekolah menengah ayah aku masuk duit bulan-bulan dalam akaun tu, aku dapat dividen koperasi masuk dalam tu, senang citer sume duit aku masuk situ, dan tak da sape tahu pasal akaun tu melainkan aku, mak dan arwah ayah. Kawan-kawan pun tak tau, aku siap buat-buat tak tau pasal ASB, siap bukak akaun lagi, hahahhaaha..best pun siap buat loan ASB..kekekekke~

hitung-hitung sume, insyaALLAH, aku nak buat beli rumah, bayar baki kereta, untuk anak-anak aku, Jadi korang kuar KWSP korang buat ape ea?

*aku citer bukan ape, sebab aku tengok slip gaji aku banyak potong, rupa-rupanya, potongan simpanan bukan pinjaman..ni belum masuk KWSP, harap-harap aku tak alpa dengan kemawahan semua ini, dan aku mampu uruskan dengan baik, by the age 32, aku dah macam nak pencen pun ade..hehehe~