saya disini

Tuesday, 29 November 2011

CINTA




"Trying to forget someone you love is like trying to remember someone you never knew"

Tuesday, 22 November 2011

HARIMAU MUDA

 
game yang menyababkan penonton yang tak kuat semangat sakit jantung
terbaik la team harimau muda..
tak sia-sia jerit-jerit kuar anak tekak..
tak sia-sia salah jerit nama..hakhakhak..
KUNALAN...KUNA..KUNA..padahal nama orang tuh jelas lagi clear THAMIL..
hakhak..komfiden penting 
*selamat tgk kat rumah jer*



dulu aku memang fan bola, time2 sekolah la kan..
bukan bola yang ditengok, player bola tuh, siap hafal plak setiap player..fanatik sungguh, asal pasal bola pun boleh gado an, padahal, dorang kenal kita pun tak.ish..ish..ish..

bertahun tinggalkan pasal bola, sejak berpindah ke Negeri Sembilan, baru lah semangat bola tu datang, itu pun mengambil masa jugak, akibat pengaruh orang-orang sekeliling..tapi game final inilah yang sememangnya/sebenar-benarnya telah membawa semngat keBOLAan datang..
* paling sebenar, player harimau muda je*




tahniah MALAYSIA, walaupaun tak cuti, tak pe la..aku cuti kan buat keje..kui3..

Friday, 21 October 2011

KEMBALI FACEBOOK




 malas nak taip tajuk panjang-panjang...korang lagi malas baca..Facebook dah macam tenuk kene buang daerah..sangat malas nak tengok lama-lama..dah tue.. status terbaru masuk longkang..kene recheck satu-satu pada 'wall' kengkawan..nak update la kan..bila dah tengok hamek ko..seminggu yang lalu (acah je..aku tipu..hari2 bukak FB )hahahahahahaha..

dah tue..disaat orang komen boleh lak kuar an..ni stok ngumpat tak boleh dilaksanakan dengan jitu lagi..




dah la..malas ase nak taip lagi..bosan la ko FACEBOOK..

Thursday, 15 September 2011

RINDU



SATU PERASAAN YANG SUKAR DIFAHAMI



KENAPA MESTI RINDU?

 NAK BUAT APE PUN MESTI TERBAYANG-BAYANG
*gila bayang2*

KENAPA?

KENAPA?

KENAPAAAAAAAAAAAAA???










Wednesday, 7 September 2011

:: WORDLESS WEDNESDAY :: MERDEKARAYA LA SANGAT..

RIANG RIA BISKUT RAYA..

 senaman mulut setelah mentedarah lauk pauk tetamu




 muka dah nak sama, tapi kaler plak masalah 
*mak bapak pun lain2*



 muka kene reject masuk nasyid tadika
*sob..sob*
 

  solekan opera cina untuk hari raya
(mak solek sambil gelak2, muka aku memang stok kertas lukisan)




 pura2 gembira, lapar tak makan dgn betul


 demok and family
aku gemok tue, yang pakai sepek omma
 (aku tak cakap mak aku ea)


 bajet artis korea



 ni je la anak mak, yang lain anak kucing



 kad raya sepesel edisen



 umah kami tak da cermin macam nie



 anak-anak terbiar di hari raya


 nak tunjuk pokok tue je


besaq dak pokok tue?



malas aku dah nak upload gambar banyak2, bukan lawa pun, korang baca dah boleh muntah kaler pelangi, tak pe, aku tak kisah pun
hahahahaha



SELAMAT HARI RAYA


Tuesday, 6 September 2011

MASALAH HATI

"saya bagi awak ruang..untuk jaga hubungan kita..sehingga kita di ijabkabul..saya bertolak ansur dengan awak..  tapi..sekarang..ruang yang saya bagi tu awak guna untuk curang di belakang saya..  saya..terkilan..

sampai satu masa, saya tak dapat tahan perasaan marah, saya luahkan, tetapi hanya kata-kata menyakitkan, dengan harapan awak berubah, ternyata saya yang lebih terluka. 

rasa kecewa yang amat, saya tak pernah rasa sakit begini. Saya tak tahu bagaimana nak teruskan hidup tanpa awak, saya sudah terbiasa ada awak, tidak kira la walaupun kita berjauahan tapi saya tahu saya ada awak. Awak yang selalu bersama saya, saya sayang awak, tapi, kita tak boleh berterusana macam ini. SALAH. salah saya juga terlalu percayakan awak.











kalaulah semudah kata, tidak lah terluka begini, menyesal pun tak berguna, tapi itu lah yang disesalkan setiap kali. Berdoa setiap hari, setiap peluang, mungkin sebab saya tamak, saya mahu awak seorang saja, tapi saya lupa, awak bukan hak saya, jadi doa saya tidak dimakbulkan, sebab ALLAH dah tentu setiap pasangannya. Saya tamak , tidak dapat terima hakikat. Saya sedih sebab saya yang putuskan begitu. saya ingat saya boleh terima orang lain, tapi bukan semudah itu, awak dah amik hati saya. Saya sayang awak, tapi...."


akan bersambung, korang mesti bosan

Wednesday, 31 August 2011

RAYA, RAYA DAN RAYA






Blog rayaku tidak bermakna apabila pulang ke kampung tanpa USB cable mahupun cable yang lain, jadi untuk hapdet raya hanya akan terjadi selepas BEBERAPA hari raya yang akan datang, sehinggalah alternatif yang lebih power ditemui.


huaaaaaaaaaaa... ~

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Friday, 26 August 2011

CINTA YANG TERLUKA


nak cakap apa pun tak tahu, nak nangis pun tak larat, nak berfikir untuk yang ini memeng buang masa. Cinta memang menyakitkan, lagi sakit kalau kene tipu. tak seronok pun, sedih la.




Tuesday, 9 August 2011

BONUS HARI RAYA UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN TIDAK ADA


HAAA??APEE???

tak da?



haha..
memang la tak da bonus, tapi Bantuan Kewangan Khas yang diberi.
terkejut tak?

Jadi, dengan bantuan yang diberi ini, sekurang2nya dapat meringankan beban, terutamanya pada yang sudah berkeluarga. Alhamdulillah, pemberian ini kita gunakan dengan sebaiknya, berbelanja mengikut keperluan, bukan nafsu.


Sesungguhnya sebagai salah seorang kakitangan kerajaan saya memang bersyukur dengan pemberian ini.



Marilah berbelanja dengan bijak!

(macam taw2 je aku dapat bonus, terus berderet-deret tagged dalam FB beli baju/topup online, tergoda sungguh!)

Thursday, 4 August 2011

:: WORDLESS WEDNESDAY ::






*busy eating*



*busy listening*




 thinking about this
sangat sia-sia  T____T


:: sell this ::



::hehe..::





i wish i had more time for this




I hope to complete all work before Ramadhan, but unfortunately, the work is increasing. Curik masa to bertadarus during office hours is the best way, semoga dapat khatam sebelum Syawal.

Tuesday, 2 August 2011

muhasabah diri

 
" Ujian Ibarat ubat yang pahit,namun akan membawa Hikmah yang Baik kepada Yang redha, Sabar dan Tawaqal menjalaninya.Namun Ujian Juga boleh menjadi racun Yang Mematikan Bila Menghadapinya dengan KeLuh Kesah dan BerPutus Asa.. "
 
Daripada Abu Hurairah ra, Nabi saw bersabda yang bermaksud: 

"Mencarut adalah sejenis sikap kasar. Manakala sikap kasar balasannya ialah neraka." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

  
Orang sengaja memuji untuk menguji
Orang suka mengarah untuk lihat kita marah
Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk
Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati


Tiada yang lebih mengerti perasaanmu,melainkah Allah.
Tiada yang lebih dekat kepadamu,melainkan Allah.
Maka mintalah & adukan segalanya dalam sujudmu kepada-Nya..
 
 Abu Bakar pernah  memegang lidahnya sambil mengatakan “Lidah inilah yang menjerumuskan aku ke dalam banyak lubang (kesalahan).”
 
 Jadi,selimutilah diri kita dengan sifat-sifat Mahmudah.
Memang sukar.. tetapi kesannya sangat indah :)
 

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!

Bulan Ramadhan dah tiba, bulan untuk kita laksanakan Rukun Islam yang ketiga dan keempat, BERPUASA dan BERZAKAT, so, tahun ni aku dah boleh bayar zakat sebab dah bekerja.

sempena bulan yang penuh keberkatan ini marilah kita sama-sama melipat gandakan amalan, bulan yang terbaik untuk buat cucuk tanam amalan untuk bekalan di akhirat nanti.

" barang siapa yang mendekati ALLAH dengan melakukan segala malan sunat di bualan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib"

ha, tak nak rebut ke?bulan-bulan biasa pun kita tak buat jugak, konon-konon tak da semangat la, tak da kawan la.. hehe, (aku la tue..)
Bulan penuh kesabaran, sifat sabar kita akan diuji, tak kira dalam macam bentuk pun, kesabaran itu ganjarannya syurga, jadi kene lebih bersabar la. Tak cukup lagi anugerah bulan Ranadhan ni banyak, bualan untuk bersedekah, bulan dimana rezeki orang beriman akan bertambah. wow..ada lagi 1000 macam kebaikan, terpulang lah pada kita nak amik ke tidak, sementara semangat dan kawan-kawan tue ada..hehe..buat la..


" Berpuasalah kamu, tentu kamu sihat "


" Perut besar itu adalah sarang pemyakit dan banyak makan itu punca penyakit"
sabda Nabi Muhammad s.a.w

Marilah kita bersama-sama melipat gandakan segala amalan.AMIN..


Friday, 22 July 2011

CEPAT, MUDAH DAN LAZAT

Dah tak da idea lak..time nak mandi bukan main mencurah-curah ke ladang gandum..dah duduk dpn ni..tak ada ape plak nak tulis/taip etc..~

sebab apa nak buat blog ea? blog lama lebih kepada orang-orang, ni sekarang konon-konon untuk diri sendiri , last2 untuk orang-orang jugak.hahaha..nevermind la..

nak tulis untuk gembira? time gembira tak kan la nak menaip..nama pun gembira an? ( ke aku je tak reti gembira menaip?)



keluarga pejabat yg bahagia


tunggu la mood bahagia datang..mood sekarang tak bahagia..

macam ni la muka aku, eh, bukan, macam ni la perasaan aku
korang rasa tak?



nak nangis ntah apa sebab, tapi rasa macam nak nangis, pernah rasa tak??? PERNAH TAK????!!!
*please angguk2 kan kepala anda*



aku rasa nak macam ni sekarang

macam giler, nangis pastu senyum, pastu nangis balik, senyum plak..ko suka tak aku macam ni???haha..huhu..

seksi tak? kah kah kah..

Wednesday, 20 July 2011

SKINNY IN 5 DAYS!!!

oh yeah???

Many people already know it but lack the commitment and determination required to achieve the target.


Skinny people eat food but never overeat


''I feel like im not patient enough I want to lose all my excess weight in like a week and once ni see that I have only lost a pound with all my hard work I get discouraged. How do I train myself to stay positive that it will happen for me to lose weight''



often heard people membebel on their weight, surely we should be thankful with what is given. kadang2 slalu jugak rase kurang, tapi most of da time boleh terima lg. yang penting, jangan overweight sudah..(tapi rasa macam tue la) tsk..tsk..tsk..


I subscribe to this eDiets as a tengok2 sahaja, its fun just look at it, although not following, its kinda of therapy..hehe..but given very useful tips. So, what are you waiting, Subscribe now. Its also in eDiet Facebook . Like it now.

nanti boleh cantik macam ni






yeah! yeah! yeah!






mula2 macam ni





pastu hamek ko!


dia ni memang power la..





korang ikot la tips/petua sume tuh..kompem la..tapi kalo malam2 still carik nasi, ayam , daging.
kuar dating makan GCB plak. hahahahahahaha..SENGSARA!!!











Wednesday, 13 July 2011

JIWA

NAPE LA BLOG AKU NI MACAM NI DAH!!!

sape nak amik part time btolkan blik blog aku nie..???

adoiiii...makin hampas tol..

dah la..


malas nak btol kan..macam blog ape je..

nangis..~

Friday, 8 July 2011

tak selesa..!!!

tibe-tibe je rasa ni datang..

buat apa-apa pun xselesa..

kenapa rasa macam ni?

pernah juga rasa macam ni..adakah petanda sesuatu yang buruk akan terjadi?

MTV WORLD STAGE LIVE IN MALAYSIA !!!


Xpax is one of the proud sponsors of MTV World Stage Live in Malaysia 2011, the biggest and baddest outdoor concert featuring live performances from popular international, regional and local recording artists. Artists confirmed in the World Stage line up so far include one of the world’s most well-known rock bands, 30 Seconds to Mars and and local favourite Pop Shuvit. With names like these on board, you know it’s going to be an epic concert to remember!



WOW..WOW..WOW..!!!

APE NAK CAKAP LAGIII???

nak pergi tgk jugak..
ade 30 Seconds To Mars..pewittt...tapi kita mesti pergi sebab nak tengok POP SHUVIT..
sokong artis tempatan..mestila POP SHUVIT..perghhhhh!!!pastu nyanyi lagu seperti syurgamu macam aku duet sama POP SHUVIT la neh..!!phewww..~

kasi gegar i-City Shah Alam nanti..macam mane nak gegar??? jerit..jeritt..hahahaha..
join X-pax Angels..fewittt..aku dah..kam00oo bile lagi???
klik bawah ni untuk maklumat lanjut..go..go..go~
LOVE XPAX LOVE NUFFNANG

Saturday, 26 February 2011

iPONG

Kali pertama aku beli handpone canggih ni , terus rembat satu, kau tau tak aku memang nak sangat iphone ni,selama ni aku pinjam opismate aku punye je..hehehhe..

Habis je induksi, aku gagahkan diri aku heret kawan aku pegi KUALA LUMPUR beb bawak RM2000 cash dalam beg..hahaha..sebab aku dah nekad nak sebijik, aku tak peduli dah buruk IPhone tuh, aku memang tekad nak satu, kau datang hembus nasihat pun masa tu, aku mampu bom kau..kahkahkahkah..

sampai je APPLE STORE, aku terus mintak iPHONE 4S 36GB kaler PUTIH!
hahahhaa..sampai kaunter bayar
cashier : sume sekali rm@&^*
(aku dengan selamber kodok kuarkan note RM50 40 keping)
cashier :  miss, u boleh guna kad kredit atau debit, tak payah susah-susah bawak duit manyak-manyak,nanti orang lagut.
(aku lupe la, aku taw nak beli je, aku ade debit kad, hahahahaha )
 aku : i saje nak bau duet ni, kekekekeke #malu

___________________________________________________________________________________

itu citer 2 bulan yang lalu, aku dah putus harap, Ipong hilang ntah kemana, sob..sob..sob...
sekarang aku dan belakberi je..huhhuhuhu..